Sunday 17 July 2011

WATIKAH PERLANTIKAN

Pada 11 JULAI 2011, telah dijalankan perlantikan exco asrama tingkatan 4 bagi sesi 2011/2012. Program tersebut berjalan dengan lancar. Bermula dengan perarakan exco ke dalam dewan. Perlantikan bagi kapten aspura ialah Saifudin b. Mohd Ros diikuti dengan pen. kapten aspura dan aspuri iaitu Mohd Hafizrullah b. Hamizulazmi dan Nur Adilah bt Abdul Aziz. Seterusnya pemegang jawatan bagi setiausaha aspura dan aspuri ialah Mohd Nurhazrul b. Rosli dan Nabilah bt Ismail. Bendahari asrama pula di jawat oleh Nor Farahin bt Azlan. Diharap exco baru bagi sesi 2011/2012 dapat menjalankan tugas dengan baik.

Monday 4 July 2011

Keracunan Makanan di Asrama SMVAS

salam...

pada hari ini warga asrama SMVAS telah dikejutkan dengan berita keracunan makanan yang telah menyerang pelajar asrama... Oleh yang demikian pada petang tadi beberapa orang daripada pejabat kesihatan daerah seremban telah datang ke Dewan makan asram untuk membuat tinjauan dan menyelidik punca-punca berlakunya keracunan makanan yang telah menyerang pelajar asrama... hasil tinjauan telah mendapati Dewan Makan asrama kurang bersih dan Pihak Dewan Makan telah dikenakan tindakan DISITA barang2 mereka... Dewan Makan juga telah diminta untuk memberhentikan perkhidmatan mereka selama 2 minggu untuk membersihkan dewan makan.... Dalam tempoh 2 minggu ini  semua pelajar asrama telah dinasihatkan agar makan di luar Kawasan Dewan Makan supaya mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini..


Saturday 2 July 2011

Program Terakhir kendalian Exco Ting 5

salam,
Pada hari rabu lalu bersempena cuti umum israk dan mikraj pihak asrama telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti.Antaranya adalah perlawanan tarik tali,sambutan hari lahir dan ceramah pada waktu malamnya.tetapi malangnya perlawanan tarik tali tidak dapat diadakan kerana pada pagi itu hujan telah turun dengan lebatnya.

pada 10.30 pagi semua exco aspura telah berkumpul di dewan makan asrama untuk menyusun atur dan menghias dewan makan untuk sambutan hari lahir.Semua ini telah dilakukan oleh exco tingkatan 4 aspura dan aspuri dengan dipantau oleh exco tingkatan 5.


perbincangan antara exco tingkatan 5

exco aspuri sedang menyiapkan hiasan

Exco aspuri tingkatan 4 sedang melakukan kerja menghias

MC sedang melakukan reasel

"ape yang dipandang tu cik togey....??"

beberapa minit sebelum majlis bermula

ape ni dinnn.......

ape pon tak boleh la....