Saturday 24 September 2011

12 September 2011

Exco asrama tingkatan 4 diminta mengemas pejabat warden & papan kenyataan asrama kerana keesokannya BPTV akan melawat asrama. Semua tugas berjalan dengan lancar dan teratur. Papan kenyataan di kemaskinikan oleh exco keceriaan.

10-11 September 2011

Exco tingkatan 5 mengambil alih tugas exco tingkatan 4 kerana semua pelajar tingkatan 4 terlibat dengan program asrama English Tour anjuran Kolej Mara Seremban dibimbing guru kaunseling sekolah .

9 September 2011

Jamuan Hari Raya Asrama jam 8.00p.m. Semua exco asrama diminta menghias & mengemas dewan terbuka. Jamuan berjalan dengan lancar & meriah. Terdapat banyak juadah yang disediakan oleh pihak asrama. Terdapat juga penyampaian hadiah & sebagainya.

7 September 2011

Minit mesyuarat kali ke-5,jam 8.30p.m. Mesyuarat terakhir tingkatan 5. Warden yang terlibat En.Fairus B Johari. Menegahkan isu-isu dan masalah yang ada dan menambah baik & memulihkan asrama.

Sunday 17 July 2011

WATIKAH PERLANTIKAN

Pada 11 JULAI 2011, telah dijalankan perlantikan exco asrama tingkatan 4 bagi sesi 2011/2012. Program tersebut berjalan dengan lancar. Bermula dengan perarakan exco ke dalam dewan. Perlantikan bagi kapten aspura ialah Saifudin b. Mohd Ros diikuti dengan pen. kapten aspura dan aspuri iaitu Mohd Hafizrullah b. Hamizulazmi dan Nur Adilah bt Abdul Aziz. Seterusnya pemegang jawatan bagi setiausaha aspura dan aspuri ialah Mohd Nurhazrul b. Rosli dan Nabilah bt Ismail. Bendahari asrama pula di jawat oleh Nor Farahin bt Azlan. Diharap exco baru bagi sesi 2011/2012 dapat menjalankan tugas dengan baik.

Monday 4 July 2011

Keracunan Makanan di Asrama SMVAS

salam...

pada hari ini warga asrama SMVAS telah dikejutkan dengan berita keracunan makanan yang telah menyerang pelajar asrama... Oleh yang demikian pada petang tadi beberapa orang daripada pejabat kesihatan daerah seremban telah datang ke Dewan makan asram untuk membuat tinjauan dan menyelidik punca-punca berlakunya keracunan makanan yang telah menyerang pelajar asrama... hasil tinjauan telah mendapati Dewan Makan asrama kurang bersih dan Pihak Dewan Makan telah dikenakan tindakan DISITA barang2 mereka... Dewan Makan juga telah diminta untuk memberhentikan perkhidmatan mereka selama 2 minggu untuk membersihkan dewan makan.... Dalam tempoh 2 minggu ini  semua pelajar asrama telah dinasihatkan agar makan di luar Kawasan Dewan Makan supaya mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini..


Saturday 2 July 2011

Program Terakhir kendalian Exco Ting 5

salam,
Pada hari rabu lalu bersempena cuti umum israk dan mikraj pihak asrama telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti.Antaranya adalah perlawanan tarik tali,sambutan hari lahir dan ceramah pada waktu malamnya.tetapi malangnya perlawanan tarik tali tidak dapat diadakan kerana pada pagi itu hujan telah turun dengan lebatnya.

pada 10.30 pagi semua exco aspura telah berkumpul di dewan makan asrama untuk menyusun atur dan menghias dewan makan untuk sambutan hari lahir.Semua ini telah dilakukan oleh exco tingkatan 4 aspura dan aspuri dengan dipantau oleh exco tingkatan 5.


perbincangan antara exco tingkatan 5

exco aspuri sedang menyiapkan hiasan

Exco aspuri tingkatan 4 sedang melakukan kerja menghias

MC sedang melakukan reasel

"ape yang dipandang tu cik togey....??"

beberapa minit sebelum majlis bermula

ape ni dinnn.......

ape pon tak boleh la....    



Wednesday 29 June 2011

gambar calon exco sesi 2011/2012 (ASPURA)


RIDHWAN FAKRI
SAIFUDDIN

RAHIMIE SYAFIQ

ZAHIRUDDIN

AIMAN

SYAFIQ

ABDUL WAFI

IZZAT

NURHAZRUL

Friday 17 June 2011

Percubaan Exco Asrama Ting 4 sesi 2011/2012

salam...

Selepas temuduga pemilihan Exco Asrama sesi 2011/2012 dijalankan seramai 12 orang pelajar Aspura dan 12 orang pelajar Aspuri telah melayakkan diri untuk temuduga tersebut ... mereka juga telah mula menjalankan tugas-tugas di asrama bermula hari isnin yang lalu... seramai 10 orang telah terpilih untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas Asrama SMT/V zon Melaka & N. Sembilan yang diadakan di SMT Melaka Tengah..mereka juga telah diiring oleh guru bimbingan Pengawas Asrama iaitu En. Mohd Fairus Bin Johari selama 3 hari 2 malam...

P/S : SEMOGA DENGAN KURSUS YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA BAKAL-BAKAL EXCO SESI 2011/2012 DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KEPIMPINAN DI ASRAMA...

Wednesday 6 April 2011

Mesyuarat Exco kali ke-3 tahun 2011

salam,

 Baru sebentar tadi kami Exco Asrama SMVAS baru menghabiskan mesyuarat bulanan.. seperti biasa perkara yang dibincangkan adalah mengenai masalah disiplin dan kebersihan. Selain itu juga ketua warden asrama En. Norhisyam telah mengingatkan kepada semua Exco asrama supaya bertindak dengan lebih pantas,efektif dan adil tanpa menyebelahi mane-mane pihak.

Sunday 27 March 2011

Kembali Ke Zaman Silam

Salam

Pada pagi tadi Pihak Asrama SMV Ampangan telah menganjurkan pertandingan galah panjang antara dorm. Program ini adalah dibawah kelolaan Encik Zaharuddin dan telah dibantu oleh exco-exco asrama. Pertandingan ini telah dimulakan dengan membuat garisan galah panjang oleh Exco Aspura sebelum pertandingan di jalankan.Keputusan keseluruhan  bagi ASPURA A1,B1,A3.Bagi ASPURI pula C4,D1 dan D4.pertandingan ini sangat menggalakkan dari semua pelajar asrama serta kerjasama yang diberikan sangat memuaskan.Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama EXCO yang telah menjalankan tugas dengan baik. :)

Exco aspura sedang membuat line untuk permainan galah panjang..


Aspura bersemangat untuk melakukan senaman pagi sebelum memulakan permainan...

Gelagat aspura ketika bermain...

Aspuri turut memberi kerjasama yang baik bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.......

Pelbagai ragam telah ditunjukkan oleh pelajar aspura..

Thursday 17 March 2011

Baju Koperat Exco Asrama 2010/11

kepada semua Exco asrama....

Diingatkan supaya tidak lupa untuk membawa Duit sebanyak RM 35.00 untuk membayar baju koperat exco Asrama 10/11

Friday 4 March 2011

Mengemaskini Papan Kenyataan Asrama

Assalamualaikum...

Sempena menyambut kedatangan lawatan Penanda Aras GPK HEM Zon Utara SMT/V,beberapa orang exco asrama  telah mengemaskinikan papan kenyataan yang terdapat di kawasan asrama supaya kelihatan lebih menarik dan ceria.tidak ketinggalan juga keceriaan dan kebersihan dorm yang bertemakan ZERO DUST.

Wednesday 2 March 2011

Pelantikan Seorang Exco Asrama Aspura

Seorang pelajar aspura telah dilantik menjadi Exco Disiplin 2 (aspura) pada mesyuarat kali-2 iaitu Mohd Shahrul Ikhwan Bin Ariffin. Pelantikan ini telah dipersetujui oleh para warden dan exco-exco asrama yang lain.